Sunday, 29 September 2013

UMNO bakal berkubur

UMNO terus tertinggal dalam dunia IT berikutan pihak tatatertib UMNO tidak membenarkan calon yang ingin bertanding dalam pemilihan UMNO kali ini mempromosikan diri masing-masing. Calon tidak dibenarkan mempromosi diri dan tidak dibenarkan berjumpa perwakilan untuk meraih undi ataupun simpati. Ini amat memalukan UMNO itu sendiri. Peranan yang dimainkan oleh media amat baik dalam mempromosikan dan memperkenalkan calon.Ini terbukti dalam pilihanraya yang lalu. Calon yang berwibawa dan berpontensi tinggi tidak dapat membuktikan kemampuan dan potensi yang ada dalam diri. Calon-calon yang bertanding hanya dapat diperkenalkan melalui program yang dianjurkan oleh pihak negeri sahaja. Ianya terpampang di dada akhbar di seluruh Malaysia. Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku didalam era abad ke 21 ini. Adakah ianya relevan dengan keadaan semasa yang kini lebih mencabar ?

Di Bahagian Lumut juga tidak terkecuali. Calon-calon yang menyatakan hasrat untuk bertanding dalam semua peringkat sayap tidak dapat mempromosi diri dan wakil-wakil calon juga tidak dapat membawa dan memperkenalkan kepada perwakilan. Keselesaan mungkin kepada yang telah lama berada di dalam tampok pentadbiran. Promosi tidak diperlukan lagi kerana telah dikenali. Bagaimana dengan calon-calon yang baru mencuba nasib ? Adakah ini keadilan yang diperjuangkan oleh pihak atasan. Dalam permasalahan ini, pihak pentadbir UMNO Lumut tidak boleh dipersalahkan. Mereka terikat dengan tataetika yang dibuat oleh pihak atasan yang mungkin untuk kepentingan sesetengah pihak. Seharusnya pihak UMNO Pusat harus meneliti dengan teliti setiap undang-undang yang dibuat dan ianya bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Nampaknya, situasi ini agak berbeda dengan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Dalam hal ini mereka lebih telus dan lebih demokrasi dalam memilih pemimpin yang ingin dipilih. Kini calon yang bertanding dalam pemilihan UMNO di semua peringkat termasuk Majlis Tertinggi terpaksa 'mengurung diri' di rumah dan ditempat kerja masing-masing. Mereka terpaksa memperkenalkan diri mereka sebagai calon kepada hanya diri mereka sendiri. Mungkin ayat ini akan keluar dari mereka. "Nama saya AJIB, nama saya DIN, nama saya AYID, nama saya HISAM, nama saya PIE." Mereka juga seakan seperti orang gila kerana terpaksa bercakap dihadapan cermin dan hanya dikenali oleh diri sendiri. Perubahan yang ingin dilakukan oleh pimpinan UMNO tidak kesampaian sekiranya proses penambahbaikan yang diucapkan serta dilaungkan bergunung tingginya hanya retorik dan 'pengkuburan' UMNO akan terlaksana tanpa ditanam oleh pihak lain.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment