Apa yang penulis ingin tegaskan disini ialah JANGAN ADA PENGUNAAN WANG dalam meraih undi dari perwakilan. Perbuatan 'membeli' undi ini akan terjadi demi meraih untuk kemenangan menduduki kerusi empuk yang diingini. Terutama kepada kerusi-kerusi 'Panas' di di setiap peringkat.
Kepada perwakilan setiap diperingkat, suka diingatkan bahawa maruah anda semua tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Sekiranya perwakilan menerima sejumlah wang dari wakil atau calon maka itulah nilai anda. Maruah diri tidak boleh dijual beli dan ianya tidak ternilai. Bahkan ianya sama seperti rasuah. Ingatlah wahai perwakilan bahawa rasuah itu adalah perosak bangsa. Dulu, Anwar Ibrahim dikatakan perasuah di dalam pemilihan UMNO bagi merebut kerusi Timbalan Presiden UMNO. Kini Anwar sudah tiada di dalam UMNO. Mengapa ianya masih terjadi ? Ianya sudah menjadi ikutan dan amalan kebanyakan ahli UMNO dalam menginginkan kedudukan didalam parti.
Penulis tahu bahawa UMNO Lumut juga tidak terlepas dari gejala rasuah. Tidak guna solat siang malam, 5 waktu tetapi mengamalkan rasuah. Penulis banyak mengetahui masalah rasuah dalam pemilihan UMNO bahagian Lumut pada 2008. Ada yang memberi dengan meletakkan wang didalam sampul, ada yang hantar ke rumah, ada yang di beri di kedai kopi. Jumlahnya ada yang mencecah sehingga RM 5000 setiap cawangan. Oleh kerana hanya sebahagian kecil yang mendapat imbuhan, maka calon tersebut kalah. Cuba anda bayangkan sekiranya lebih 50% perwakilan mendapat imbuhan. Sudah pasti calon yang bertanding menang dengan cara membeli undi. Cuma bahan bukti tiada dalam simpanan penulis. Cukuplah sekadar Allah mengetahui segala perbuatan yang dilakukan. Jangan pula kata yang menang tidak memberi rasuah. Mungkin yang menang terlebih dahulu telah 'membeli' perwakilan berbanding dengan yang kalah.
Buktikan kepada rakyat bahawa tiada gejala rasuah di dalam pemilihan UMNO kali ini kerana penulis sudah muak dengan alasan bahawa permulaan rasuah adalah Anwar. Jangan jadikan alasan bahawa gejala ini tidak boleh dibendung. Buktikan bahawa sekiranya berlaku perbuatan rasuah di dalam pemilihan UMNO kali ini, ianya harus diambil tindakan dan pihak berwajib seperti SPRM harus melakukan siasatan. Buktikan juga bahawa calon-calon yang ingin bertanding, benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair yang selalu dilaungkan. Dan buktikan jua bahawa menjadi perwakilan bukan masa untuk mengembungkan poket dengan wang ringgit yang haram.
Ingatlah wahai orang-orang melayu yang beragama Islam, tidak kira fahaman politik bahawa rasuah ini adalah perosak bangsa dan menghancurkan agama dan lebih hina lagi ianya seperti binatang yang amat hina di sisi agama atau lebih tepat lagi BABI.
Terima rasuah dan pemberi Rasuah = BABI
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete