Tuesday 2 June 2015

Tun M Balun Kementerian Pendidikan ?!! @my_malaysia @muhyiddin_my




Tun M kini telah menyelar Kementerian Pendidikan Malaysia kerana gagal menyediakan satu model yang mapan terhadap kemajuan negara.

Siapakah yang jadi menteri di kementerian ini? Sudah pasti Muhyiddin Yassin. Apakah yang dilakukan oleh Muhyiddin Yassin sehingga Tun M pun selar kementerian di bawah beliau?

Maknanya, Kementerian Pendidikan di bawah Muhyiddin Yassin tidak berfungsi dengan elok dan tidak efisen di mata Tun M.

Kalau ada niat nak jadi PM pun, buatlah kerja dahulu. Pastikan tugas yang dipikul sekarang dibuat dengan baik.

SENDRI MAU INGAT !!!!

Sila Letak Jawatan Jika Tak Setuju ! @my_malaysia @muhyiddin_my @Khairykj @mohdshafieapdal


Melihat gelagat 3 orang Maharajalawak ini membuktikan bahawa ketiga-tiga mereka ini telah mendapat maklumat awal tentang 1MDB, namun akibat dari tidak mahu study dan malas, mereka menghentam  PM. 
Pada pandangan Lumutkini, sekiranya sudah tidak mahu study sesuatu isu itu, lebih baik letak jawatan. Bukan nak menjawab isu, lepas tangan pula. Inikah dikatakan pemimpin?

Friday 29 May 2015

Demi masa depan pendidikan anak bangsa, Kementerian Pendidikan wajar dibahagi dua @my_malaysia @muhyiddin_my





Baru-baru ini negara digemparkan apabila Dato Puad Zarkashi, seorang Ahli MT UMNO yang berpengaruh dan Ketua Pengarah JASA mengkritik Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran dan Timbalan Menteri Pelajaran di facebook kerana tidak turun padang sehingga mengakibatkan banyak isu sekolah-sekolah di pedalaman terutamanya Sabah dan Sarawak tidak selesai.

Kata Dato Puad Zarkashi, “MASIH BELUM TERBELA". Ini berlaku apabila ada rakyat Malaysia yang prihatin email kepada saya gambar sebuah sekolah di Keningau yang dilihat terlalu daif. Puncanya utama perkara ini berlaku adalah dipercayai kerana pegawai yang bertanggungjawab tidak turun ke bawah. Persoalannya, kenapa mereka tidak turun ke bawah? Adakah kerana Menteri dan Timbalan Menteri juga malas turun ke bawah.”

“Sepatutnya bila TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi Menteri Pelajaran hampir dua penggal (10 tahun), maka cepatlah terbela sekolah sekolah daif terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak. Turunlah ke bawah!,” ujar  lagi.

Saya mahu bersikap profesional dan mengetepikan soal politik dalam membicangkan perkara ini. Biarlah politikus dengan urusan mereka. Saya hanya mahu membincangkan soal sekolah pedalaman yang terbiar sehingga menjadi begitu dhaif dan tidak kondusif untuk pembelajaran anak-anak.

Saya telah membuat sedikit carian google mengenai Jawatankuasa Audit Fizikal Sekolah dan meneliti Facebook Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Menteri Pendidikan I dan Timbalan Menteri Pendidikan II. Kesimpulan saya, hanya terdapat pengumuman dan jawapan Parlimen mengenai Jawatankuasa Audit Fizikal Sekolah, tetapi berdasarkan gambar di facebook dan carian google, sukar dibuktikan mereka sering turun padang ke kawasan pedalaman.

Bagi mereka yang kurang arif tentang Jawatankuasa Audit Fizikal Sekolah, jawatankuasa ini ditubuhkan untuk menilai keadaan fizikal sekolah-sekolah didalam negara ini dan mengemukakan laporan kepada Kementerian Pendidikan. Laporan yang disediakan oleh jawatankuasa ini akan diguna oleh Kementerian untuk memperbaiki infrastruktur sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti.

Untuk makluman, berdasarkan carian google, Pengerusi Jawatankuasa Audit Fizikal Sekolah sekarang adalah P. Kamalanathan. Gambar di facebook beliau menunjukkan beliau lebih sering melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Berdasarkan carian di Google dan facebook ini, besar kemungkinan kritikan Puad Zarkashi bahawa Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan jarang turun padang ada kebenarannya.

Kita semua sedia maklum bahawa Kementerian Pendidikan adalah sebuah kementerian yang amat besar. Kementerian ini mempunyai:

10,159 buah sekolah (5,600 luar bandar dan 2,500 di kawasan pedalaman).
69 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
181 buah Sekolah Agama (tidak termasuk Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri)
69 buah Kolej Komuniti
15 buah Kolej Matrikulasi
27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG)
20 buah Politeknik,
20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Akhir sekali, bilangan guru, pensyarah dan kakitangan KPM saja sudah mencapai 450,000 orang.

Jika dilihat, Kementerian Pendidikan ini terlalu besar. Bagi saya memandangkan Kementerian ini terlalu besar dan tanggungjawab yang diamanahkan juga besar, elok Kementerian Pendidikan dipisahkan dua kepada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi seperti dahulu supaya lebih fokus. Ramai yang pelik kenapa ia digabungkan. Sepatutnya Perdana Menteri kekal dengan pemisahan kedua-dua kementerian ini.

Dahulu Kementerian Pelajaran mempunyai seorang Menteri dan dua orang Timbalan Menteri. Manakala Kementerian Pengajian Tinggi mempunyai seorang Menteri dan seorang Timbalan Menteri. Sekarang, Kementerian Pendidikan mempunyai 2 Menteri, seorang Menteri yang juga seorang Timbalan Perdana Menteri, seorang lagi Menteri yang hanya memberi tumpuan kepada pengajian tinggi. Sekarang terdapat hanya dua Timbalan Menteri yang terpaksa melihat kedua-dua aspek pelajaran dan pengajian tinggi. Bukankah sukar bagi mereka ini mengendalikan sebuah kementerian yang besar dimana kementerian ini bertanggungjawab mendidik anak bangsa?

Dulu, Menteri Pelajaran adalah Menteri dengan satu portfolio. Jadi lebih mudah untuk beliau memberi tumpuan kepada kementerian dan hal-hal yang berkaitan. Hari ini, Menteri Pendidikan adalah juga seorang Timbalan Perdana Menteri yang mempunyai banyak tugas-tugas lain. Bagi saya, Kementerian ini memerlukan seorang menteri yang boleh memberi 100% tumpuan kepada kementerian ini kerana bukan sahaja banyak institusi di dalamnya, tetapi juga kerana kesan yang besar terhadap guru-guru dan pembangunan anak bangsa. Kementerian ini memerlukan sentuhan seroang menteri yang berdedikasi, proaktif dan mempunyai minat dalam pendidikan.

Dulu, Timbalan Menteri Pelajaran terdiri daripada seorang Melayu dan seorang bukan Melayu. Hari ini, kedua-duanya adalah bukan Melayu. Saya tidak bersikap rasis, tapi saya berpandangan ada kemungkinan jiwa dan semangat Timbalan Menteri Pelajaran Melayu lebih hampir dengan anak-anak di pedalaman, berbanding Timbalan Menteri Bukan Melayu yang lebih hampir jiwa mereka dengan anak-anak di SKJC dan SJKT. Disebabkan itu tidak hairanlah jika Allahyarham Datuk Razali Ismail dan Datuk Dr Puad sangat kerap dilihat turun ke pedalaman berbanding dua Timbalan Menteri yang ada sekarang.

SETERUSNYA KLIK SINI

Wednesday 27 May 2015

Dr Puad Zarkashi... Lumutkini respect orang yang berani.. @my_malaysia @muhyiddin_my




Lumutkini terpanggil menulis serta memberi komen pada status Dr Puad Zarkashi berkaitan sekolah yang agak daif di pedalaman Sabah.

Hakikatnya, teguran membina tidak salah, bahkan amat dihargai. Dalam kes ini penulis menyokong penuh kenyataan yang di buat oleh Dr Puad Zarkashi dan MENOLAK kepimpinan yang tidak boleh ditegur oleh orang bawahan.

Berikut beberapa respons.

PPUM: Boleh Tanya PM, Jangan Kritik TPM?? @KhairyKj @Azwanbro @Ibdil @PPUMonline
SEMUANYA bermula dari teguran Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Puad Zarkashi berkaitan kedhaifan sistem pendidikan di pedalaman Sabah & Sarawak pada 20 Mei 2015.



Dan teguran KP JASA telahpun mendapat respon postif dari KPM/JPN dengan tindakan segera yang diberitakan melalui laman FBnya pada 24 Mei 2015.



Malangnya baru sehari lepas seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang selama ini membisu mengenai kemelut politik negara & dalaman UMNO tiba-tiba bangkit bersuara melalui kenyataan medianya mengandaikan KP JASA cuba untuk mencalarkan imej TPM selaku Menteri Pelajaran... selepas KPM/JPN telah mengambil tindakan penyelesaian??? Di mana suara KPB tersebut ketika imej PM dicalarkan teruk dari segenap sudut???



Ini pula respon seorang Ahli UMNO biasa berkaitan kenyataan media 'hebat' oleh Ketua Pemuda UMNO Segambut...

NASIHAT PADA PUAD ZARKASHI OLEH BIRO AGAMA PEMUDA UMNO WP.

1. Lebih baik kena marah dengan Biro Agama Pemuda UMNO WP, Ketua Pemuda Segambut dan 20 ahli UMNO Pagoh yang berpiket daripada kena marah dengan rakyat kerana tidak membela sekolah sekolah daif di pedalaman Sabah dan Sarawak.

2. Kalau TPM boleh belasah PM secara terbuka mengenai 1MDB dan GST walaupun dia tu anggota kabinet maka kenapa orang lain tidak boleh kritik TPM apatah lagi dalam isu sekolah daif di pedalaman. Apa, nak tutup masalah rakyat ke?

3. Ini kebetulan ke? Yang viralkan video ucapan TPM di Janda Baik ialah Timbalan Ketua UMNO Segambut. Yang nak pertahankan TPM adalah Ketua Pemuda UMNO Segambut. Apakah ini grand design Datuk Kamaruddin Ketua UMNO Bahagian Segambut.

4. Hebat Pengerusi Biro Agama WP ni bila Hebat keluarkan ayat Quran Surah Ali Imran 103 "Berpeganglah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah". Pertanyaan saya ialah...
a. Apakah menegur pemimpin bukan berpegang kepada tali Allah?
b. Apakah membela rakyat spt isu sekolah daif bukan berpegang kepada tali Allah?
c. Apakah menyembunyikan fakta juga berpegang kepada tali Allah?
d. Apakah menegakkan yang makruf dan menentang yang mungkar bukan berpegang kepada tali Allah?

DAUD ISMAIL
Ahli UMNO Hulu Selangor


Yang amat menghairankan penulis ialah, selama ini Ketua Pemuda UMNO Segambut ini tidak ada telor ke ? Bila TSMY kena balun beria-ia dia pertahan, ada masyukkkk ke ?? atau nak projek kebersihan dan bekal makanan ke sekolah asrama dari Kementerian Pendidikan??? Maklumlahlah, tidak lama lagi akan keluar tender kebersihan dan bekal makanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. APA MOTIF UMNO SEGAMBUT ????

Tuesday 26 May 2015

Timbalan Ketua Bahagian Tidak Buat Kerja ?!


Sudah sekian lama tidak menulis di laman blog ini. Lumutkini terasa rindu ingin menulis semula kerana sekarang ini semakin dibiarkan semakin teruk perangi pemimpin UMNO sekarang ini. Penulis tidak mahu bercerita luar kawasan, cukuplah sekadar di Parlimen Lumut ini.

Ketua Bahagian telah menjadi Menteri Besar Perak dan tentu terlalu sibuk menjaga negeri Perak dari Pengkalan Hulu hingga ke Tanjung Malim. Timbalan Ketua Bahagian iaitu ADUN Pasir Panjang kini sibuk juga menjaga anak buah yang tidak tentu hala. Kini Parlimen Lumut terletak dibahu Timbalan Ketua Bahagian. Apa yang dilakukan oleh Timbalan Ketua Bahagian Lumut ini? Kawasan tidak terjaga, pengundi dan rakyat tidak terbela. Rakyat Pasir Panjang telah memberi mandate kepada untuk menjadi ADUN Pasir Panjang walaupun dengan hanya majoriti 304 sahaja. Namun ianya cukup untuk beliau memberi perkhidmatan sebagai ADUN dan ‘pemangku’ Ketua Bahagian.

Tampok pentadbiran amat lemah dan tidak bermaya. Tambahan pula dibantu kononnya pegawai khas yang berwibawa. Adakah tugas ADUN hanya merasmikan program yang dianjurkan oleh orang lain dan bukan program yang dianjurkan sendiri oleh pihak ADUN Pasir Panjang? Adakah ADUN Pasir Panjang dan Pegawai Khas nya ketandusan idea untuk melaksanakan program? Adakah program hanya boleh dilaksanakan oleh Ketua Bahagian sahaja?

Pengundi Pasir Panjang dan ahli UMNO telah memberi mandat kepada Timbalan Ketua Bahagian dan juga merupakan ADUN Pasir Panjang untuk menjalankan tugas, namun ianya dipersia-siakan. Sekiranya tidak mampu melaksanakan tugas dengan baik, lebih baik letak jawatan dan tidak perlu berdolak–dalik lagi.

Wednesday 16 October 2013

UMNO dan KERTAS AJAIB

Hampir dua minggu tidak menulis di dalam kalam alam maya yang penuh dengan kontrevesi dan pelbagai persepsi. Bonda dimasukkan ke hospital dan terpaksa berulang-alik ke ipoh setiap hari. Baru-baru ini musim pemilihan Sayap-sayap UMNO. MKT dan bahagian belum lagi. 19 Oktober ini adalah penentuan Naib Presiden yang di 'rebut' oleh enam orang pendekar melayu. Pasti Zahid, Shafie Afdal dan Hishamuddin cuba mempertahankan kerusi dan cuba di 'rebut' Ali Rustam, Isa Samad dan Mukhriz. Per'rebut'an jawatan Naib Ketua Bahagian Lumut juga agak kontrevesi. Azri bertemu Jamaluddin. Kedua-duanya mempunyai aura tersendiri yang mungkin menjadi tumpuan selepas tumpuan diberikan kepada pemilihan Pemuda.

Puteri dan wanita agak tenang sedikit dalam pemilihan UMNO kerana jawatan no 1 dan 2 menang tanpa bertanding. Tahniah kepada perwakilan wanita yang hanya melakukan pemilihan hanya kepada Ahli Jawatan Kuasa sahaja dan pemilihan pusat. Nyata titik persefahaman yang ada dapat dibuktikan. Tetapi pemuda ada per'rebut'an dan tiada titik persefahaman dan toleransi. Diberitakan bahawa MB yang merupakan Ketua bahagian pernah menyarankan agar pemuda berbincang semula sebelum pemilihan dijalankan. Malangnya ada, saranan hanya tinggal saranan. Nasihat MB pemuda tidak dengari. Nasihat sebagai bapa dalam parti terus tinggal dalam kenangan. Apa yang sebenarnya terjadi? Adakah pemuda kini semakin naik tocang? Adakah ada 'HIDE AGEND' yang tersembunyi? Tatkala pemilihan, Shahril dan Ithnin telah dinobatkan sebagai peneraju pemuda lumut.

Sok Sek sana sini menyatakan bahawa ada 'kertas ajaib' digunakan. Penulis tidak menuduh sesiapa. Ini hanya perkhabaran yang dibawakan oleh angin desas desus yang agak kuat desiran bunyinya. Berdesing telinga mendengar khabar ini. Adakah benar ada penggunaan 'kertas ajaib' ini? Seperti tidak percaya adanya penggunaan 'kertas ajaib' ini di musim pemilihan kali. Dikhabarkan bahawa sekiranya terbukti bahawa ada penggunaan 'kertas ajaib' ini, kemungkinan besar tindakan disiplin akan dikenakan. Harap-harap tidak berlaku. Sekiranya berlaku juga, tanggunglah sendiri dosa yang dilakukan. Si pemberi dan penerima sama-sama tanggung. Ada yang bersifat 'talam dua muka'. Hendak selamat lah katakan. Ini lagi sikap yang sepatutnya tidak wujud lagi di dalam UMNO. Orang ini hanya mahu selamatkan kedudukan di dalam organisasi. Ini dikatakan melepaskan anjing tersepit. Meminta bantuan apabila tersepit dan tangan yang melepasnya itu di gigit semula. Sanggup memanipulasi orang lain untuk kepentingan diri sendiri untuk mendapat kedudukan selamat. Inikah dikatakan pejuang sejati? Inikah yang diperjuangkan oleh mereka yang inginkan kepentingan. Ternyata bahawa perjuangan yang dibawa oleh mereka yang hanya ingin kedudukan selamat tersasar dari perjuangan sebenar. Perjuangan mereka hanya untuk kedudukan semata-mata. Yang pasti UMNO akan hancur dengan sendirinya ditangan orang yang tiada pegangan hidup. Tiada harga diri, tiada pendirian dan ianya lebih hina dari yang hina.

Fikirkan sejenak, fikirkan nasib orang melayu, fikirkan nasib anak-anak melayu dimasa hadapan, fikirkan juga adakah tanahair ini akan diserahkan kepada Kafir Laknat. Penulis tiada apa-apa di dalam parti tetapi amat sayangkan kedamaian dan kemakmuran yang dinikmati dan memikirkan apakah nasib anak-anak bangsa di masa hadapan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday 29 September 2013

UMNO bakal berkubur

UMNO terus tertinggal dalam dunia IT berikutan pihak tatatertib UMNO tidak membenarkan calon yang ingin bertanding dalam pemilihan UMNO kali ini mempromosikan diri masing-masing. Calon tidak dibenarkan mempromosi diri dan tidak dibenarkan berjumpa perwakilan untuk meraih undi ataupun simpati. Ini amat memalukan UMNO itu sendiri. Peranan yang dimainkan oleh media amat baik dalam mempromosikan dan memperkenalkan calon.Ini terbukti dalam pilihanraya yang lalu. Calon yang berwibawa dan berpontensi tinggi tidak dapat membuktikan kemampuan dan potensi yang ada dalam diri. Calon-calon yang bertanding hanya dapat diperkenalkan melalui program yang dianjurkan oleh pihak negeri sahaja. Ianya terpampang di dada akhbar di seluruh Malaysia. Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku didalam era abad ke 21 ini. Adakah ianya relevan dengan keadaan semasa yang kini lebih mencabar ?

Di Bahagian Lumut juga tidak terkecuali. Calon-calon yang menyatakan hasrat untuk bertanding dalam semua peringkat sayap tidak dapat mempromosi diri dan wakil-wakil calon juga tidak dapat membawa dan memperkenalkan kepada perwakilan. Keselesaan mungkin kepada yang telah lama berada di dalam tampok pentadbiran. Promosi tidak diperlukan lagi kerana telah dikenali. Bagaimana dengan calon-calon yang baru mencuba nasib ? Adakah ini keadilan yang diperjuangkan oleh pihak atasan. Dalam permasalahan ini, pihak pentadbir UMNO Lumut tidak boleh dipersalahkan. Mereka terikat dengan tataetika yang dibuat oleh pihak atasan yang mungkin untuk kepentingan sesetengah pihak. Seharusnya pihak UMNO Pusat harus meneliti dengan teliti setiap undang-undang yang dibuat dan ianya bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Nampaknya, situasi ini agak berbeda dengan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Dalam hal ini mereka lebih telus dan lebih demokrasi dalam memilih pemimpin yang ingin dipilih. Kini calon yang bertanding dalam pemilihan UMNO di semua peringkat termasuk Majlis Tertinggi terpaksa 'mengurung diri' di rumah dan ditempat kerja masing-masing. Mereka terpaksa memperkenalkan diri mereka sebagai calon kepada hanya diri mereka sendiri. Mungkin ayat ini akan keluar dari mereka. "Nama saya AJIB, nama saya DIN, nama saya AYID, nama saya HISAM, nama saya PIE." Mereka juga seakan seperti orang gila kerana terpaksa bercakap dihadapan cermin dan hanya dikenali oleh diri sendiri. Perubahan yang ingin dilakukan oleh pimpinan UMNO tidak kesampaian sekiranya proses penambahbaikan yang diucapkan serta dilaungkan bergunung tingginya hanya retorik dan 'pengkuburan' UMNO akan terlaksana tanpa ditanam oleh pihak lain.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone