Sunday, 15 September 2013

Bagaimana Penyokong Tegar PAS boleh jadi Ketua Cawangan UMNO ? @najibrazak @zambryabdkadir

Tatkala UMNO cuba membina semula kekuatan cawangan-cawangan di dalam pemilihan UMNO peringkat akar umbi, terdapat perkara yang amat memalukan. Penulis di maklumkan bahawa satu cawangan UMNO di Lumut kini diterajui oleh seorang yang tegar PAS dalam PRU 13 yang lalu. Semasa pilihanraya ke 13 yang lalu, penulis sering bertemu dengan Ketua Cawangan ini. Selalu dalam ceramah PAS dan sering mengangkat bendera PAS. Laungannya tidak menjurus menyokong UMNO. Penulis agak keliru bila mendapat berita bahawa beliau kini menjadi Ketua Cawangan UMNO. Adakah Bekas Ketua Cawangan juga merupakan Ketua Kampung tidak dapat mengenalpasti penyokong PAS yang berada di kampungnya sendiri ? Ianya menjadi tanda persolan yang tiada jawapan.

Peranan UMNO pusat dan bahagian bagaimana pula? Senarai nama yang telah ditanda sebagai 'HITAM' masih menjadi ahli UMNO. Adakah ianya disambillewa oleh pucuk pimpinan bahagian dan pusat?

Terus terang penulis ingin nyatakan disini, penulis tidak mahu ada duri dalam daging UMNO itu sendiri. Sekiranya ada duri dalam daging, lama kelamaan daging amat cantik dan elok di cemari oleh nanah yang berbisa dan boleh membunuh. Bukan hanya sebahagian daging yang rosak, tetapi akan merosakkan keseluruhannya.

Penulis bukanlah seorang yang bencikan UMNO. Penulis hanya menyokong perkara yang baik dan menegur perkara yang sepatutnya berlaku dalam UMNO. Penulis juga bukanlah penyokong tegar PAS, tetapi adakalanya tindakan yang dilakukan PAS tidak dapat dilakukan oleh UMNO. Contohnya : Ahli PAS sering mengunjungi Masjid-masjid dan sering berjemaah di masjid, tetapi kebanyakan orang UMNO hanya dirumah walaupun masjid hanya beberapa ratus meter dari rumah. Penulis tidak menuduh semua ahli UMNO tidak ke masjid, ada yang menjadi imam, bilal dan AJK masjid. Hal ini penulis boleh juga memuji UMNO. Cuma penulis terkilan kebanyakan pemimpin UMNO tidak ke masjid. Ke masjid hanya ketika solat Jumaat, Solat Sunat Hari Raya dan sekiranya pemimpin besar turun ke kawasan.

Berbalik kepada penyokong tegar PAS yang menjadi ketua cawangan UMNO. Penulis amat mengharapkan agar siasatan dan penyelidikan dilakukan ke atas cawangan tersebut. Pihak bahagian dan pusat boleh mendapat maklumat dari agensi-agensi kerajaan yang memantau pilihanraya ke 13 lalu. Terdapat kira-kira 16 agensi yang bertugas semasa pilihanraya tersebut. Mintalah bantuan dari mereka untuk membuktikan bahawa ketua cawangan yang baru dilantik sebenarnya penokong PAS tegar. Penulis mengharapkan agar UMNO Ketua UMNO cawangan Kg Tersusun Batu 7, Lekir di siasat agar ianya tidak menjadi penyebab UMNO menjadi busuk dan dibenci oleh ahli UMNO sendiri dan ditinggalkan oleh mereka.

P/s Pilihlah pemimpin UMNO yang benar-benar ikhlas memperjuangkan UMNO dan masyarakat Melayu itu sendiri dan bukan dari duri yang akan merosakkan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment