Sunday, 29 September 2013

UMNO bakal berkubur

UMNO terus tertinggal dalam dunia IT berikutan pihak tatatertib UMNO tidak membenarkan calon yang ingin bertanding dalam pemilihan UMNO kali ini mempromosikan diri masing-masing. Calon tidak dibenarkan mempromosi diri dan tidak dibenarkan berjumpa perwakilan untuk meraih undi ataupun simpati. Ini amat memalukan UMNO itu sendiri. Peranan yang dimainkan oleh media amat baik dalam mempromosikan dan memperkenalkan calon.Ini terbukti dalam pilihanraya yang lalu. Calon yang berwibawa dan berpontensi tinggi tidak dapat membuktikan kemampuan dan potensi yang ada dalam diri. Calon-calon yang bertanding hanya dapat diperkenalkan melalui program yang dianjurkan oleh pihak negeri sahaja. Ianya terpampang di dada akhbar di seluruh Malaysia. Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku didalam era abad ke 21 ini. Adakah ianya relevan dengan keadaan semasa yang kini lebih mencabar ?

Di Bahagian Lumut juga tidak terkecuali. Calon-calon yang menyatakan hasrat untuk bertanding dalam semua peringkat sayap tidak dapat mempromosi diri dan wakil-wakil calon juga tidak dapat membawa dan memperkenalkan kepada perwakilan. Keselesaan mungkin kepada yang telah lama berada di dalam tampok pentadbiran. Promosi tidak diperlukan lagi kerana telah dikenali. Bagaimana dengan calon-calon yang baru mencuba nasib ? Adakah ini keadilan yang diperjuangkan oleh pihak atasan. Dalam permasalahan ini, pihak pentadbir UMNO Lumut tidak boleh dipersalahkan. Mereka terikat dengan tataetika yang dibuat oleh pihak atasan yang mungkin untuk kepentingan sesetengah pihak. Seharusnya pihak UMNO Pusat harus meneliti dengan teliti setiap undang-undang yang dibuat dan ianya bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Nampaknya, situasi ini agak berbeda dengan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Dalam hal ini mereka lebih telus dan lebih demokrasi dalam memilih pemimpin yang ingin dipilih. Kini calon yang bertanding dalam pemilihan UMNO di semua peringkat termasuk Majlis Tertinggi terpaksa 'mengurung diri' di rumah dan ditempat kerja masing-masing. Mereka terpaksa memperkenalkan diri mereka sebagai calon kepada hanya diri mereka sendiri. Mungkin ayat ini akan keluar dari mereka. "Nama saya AJIB, nama saya DIN, nama saya AYID, nama saya HISAM, nama saya PIE." Mereka juga seakan seperti orang gila kerana terpaksa bercakap dihadapan cermin dan hanya dikenali oleh diri sendiri. Perubahan yang ingin dilakukan oleh pimpinan UMNO tidak kesampaian sekiranya proses penambahbaikan yang diucapkan serta dilaungkan bergunung tingginya hanya retorik dan 'pengkuburan' UMNO akan terlaksana tanpa ditanam oleh pihak lain.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 20 September 2013

Lumut di landa Tsunami politik ?

Sejak pilihanraya ke 13 pada 5 Mei 2013 lalu, politik di Parlimen Lumut terus dilanda tsunami. Hebat juga penangan politik di Lumut ini.

Beberapa perubahan berlaku di sini. Antaranya ialah :

1. Ahli Parlimen yang dulu Datok Kong Cho dari BN telah diganti kepada Laksamana Imran Abdul Hamid dari PKR.

2. Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, duhulunya Datok Seri Nizar Jamaluddin dari PAS kepada Cikgu Rashidi Ibrahim dari BN.

3. Ketua UMNO bahagian Lumut yang merupakan ketua cawangan Pangkor Datok Seri Dr Zambry Abdul Kadir kepada Encik Wazir yang menjadi ketua cawangan yang baru. MB bukan lagi ketua cawangan.

4. 40 peratus ketua cawangan lama tewas dan tarik diri dari menjadi ketua cawangan dan diganti ketua cawangan yang baru. Paling muda di cawangan Kampong Padang Tembak. 38 tahun.

5. Dalam sejarah Lumut tidak pernah ada timbalan ketua cawangan dari wanita, tetapi kali ini ada.

6. Ramai AJK wanita akan bertanding sebagai AJK bahagian.

7. Tetapi masih ada yang masih inginkan kuasa dengan 'cah keting' orang cawangan dari cawangan agar tidak bertanding sebagai ketua cawangan, walaupun sudah tua.

Inilah yang berlaku dalam UMNO Lumut yang diceritakan kepada penulis oleh orang kuat UMNO yang tidak mahu dikenali.

P/s : Pilihlah pemimpin yang benar-benar boleh berkhidmat kepada masyarakat dan negara bukan kerana wang ringgit maruah tergadai.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, 19 September 2013

Blogger PAS yang dibayar asyik mencari salah UMNO ? @zambryabdulkadir

Dalam keadaan UMNO sibuk dengan pemilihan, blogger PAS sentiasa mencari kesalahan dan kesilapan UMNO. Begitu juga seorang blogger yang dibayar untuk menghentam UMNO dari segala sudut. Termasuklah menggunakan botol air 'water for GAZA' sebagai isu untuk melabelkan UMNO buruk. Penulis bukan seorang yang tegar PAS atau UMNO. Penulis hanya menyokong atas kebenaran. Bukan untuk mencari kesalahan sahaja.
Dalam bab ini, blogger PAS yang dimaksudkan seharusnya menjadi pengantara untuk menyatupadukan orang Melayu dalam PAS agar bersama UMNO. Orang melayu PAS dan UMNO adalah bersaudara. Mempunyai Agama yang sama iaitu Agama Islam. Menyembah Allah yang sama. Mempunyai Rasul yang sama iaitu Muhammad SAW. Mempunyai Al-Quran yang sama untuk dibaca dan difahami. Bukan seperti fahaman SYIAH yang menghalalkan darah sesama Islam. Salahkah PAS dan UMNO bersatu ? Salahkah ianya untuk kebaikan Islam dan umatnya ? Ini tidak. Tugas yang dilakukan oleh blogger PAS adalah untuk menghancurkan Islam demi sesuap nasi yang dihidangkan oleh DAP Kafir Laknatullah. Penulis tahu sangat orang yang gambarnya tertera di atas. Tempat kerjanya, kerjayanya, kerjayanya sebelum kerjaya sekarang dan juga tempat tinggalnya juga tahu. Sejarah hidupnya juga penulis tahu. Penulis tidak menghalang blogger ini untuk menulis, tetapi biarlah dengan ada bukti.
Blogger tersebut amat mengharapkan agar penulis membuka cerita apa yang terjadi di UMNO cawangan Seri Manjung yang diterajui oleh Jamaluddin Majid. Walaupun penulis tahu cerita sebenar, kerana penulis berada ditempat kejadian pada hari tersebut, penulis tidak akan menceritakan hal ini. Bagi penulis, ianya tidak wajar. Penulis menulis adalah untuk menegur agar tdak berulang. Bukan menghentam kromo. Penulis mengharapkan agar blogger ini insaf dari memfitnah. Lupakanlah duit HARAM yang diberikan oleh KAFIR LAKNATULLAH kepadanya.
Penulis bukan menulis untuk mencari wang atau populariti. Tulislah atas kebenaran dan bukan mengikut perasaan. Semoga Allah membuka pintu hatinya untuk tidak lagi menulis untuk DUIT, tetapi menulis untuk kebenaran serta menyatupadukan umat Islam.
Gunakah medium dunia maya ini sebaik mungkin. Bukan untuk memuaskan nafsu serakah yang tiada penghujungnya.

P/s : Orang ansar dan muhajirin boleh bersatu, mengapa pula orang Melayu tidak boleh bersatu? Adakah demdam kesumat ini tidak akan hilang ?

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, 17 September 2013

'Perang' pemilihan UMNO Lumut telah bermula ? @zambryabdkadir

Tanggal 14 September 2013 bermula tarikh 'Peperangan' bagi merebut jawatan dalam pemilihan UMNO Lumut. Pada tarikh ini borang penamaan calon yang ingin bertanding bagi merebut kerusi pimpinan UMNO Lumut. Ianya meliputi 4 peringkat iaitu UMNO bahagian Lumut, Wanita, Pemuda dan Puteri. Cara ini agak telus berbanding sebelum ini.

Apa yang penulis ingin tegaskan disini ialah JANGAN ADA PENGUNAAN WANG dalam meraih undi dari perwakilan. Perbuatan 'membeli' undi ini akan terjadi demi meraih untuk kemenangan menduduki kerusi empuk yang diingini. Terutama kepada kerusi-kerusi 'Panas' di di setiap peringkat.

Kepada perwakilan setiap diperingkat, suka diingatkan bahawa maruah anda semua tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Sekiranya perwakilan menerima sejumlah wang dari wakil atau calon maka itulah nilai anda. Maruah diri tidak boleh dijual beli dan ianya tidak ternilai. Bahkan ianya sama seperti rasuah. Ingatlah wahai perwakilan bahawa rasuah itu adalah perosak bangsa. Dulu, Anwar Ibrahim dikatakan perasuah di dalam pemilihan UMNO bagi merebut kerusi Timbalan Presiden UMNO. Kini Anwar sudah tiada di dalam UMNO. Mengapa ianya masih terjadi ? Ianya sudah menjadi ikutan dan amalan kebanyakan ahli UMNO dalam menginginkan kedudukan didalam parti.

Penulis tahu bahawa UMNO Lumut juga tidak terlepas dari gejala rasuah. Tidak guna solat siang malam, 5 waktu tetapi mengamalkan rasuah. Penulis banyak mengetahui masalah rasuah dalam pemilihan UMNO bahagian Lumut pada 2008. Ada yang memberi dengan meletakkan wang didalam sampul, ada yang hantar ke rumah, ada yang di beri di kedai kopi. Jumlahnya ada yang mencecah sehingga RM 5000 setiap cawangan. Oleh kerana hanya sebahagian kecil yang mendapat imbuhan, maka calon tersebut kalah. Cuba anda bayangkan sekiranya lebih 50% perwakilan mendapat imbuhan. Sudah pasti calon yang bertanding menang dengan cara membeli undi. Cuma bahan bukti tiada dalam simpanan penulis. Cukuplah sekadar Allah mengetahui segala perbuatan yang dilakukan. Jangan pula kata yang menang tidak memberi rasuah. Mungkin yang menang terlebih dahulu telah 'membeli' perwakilan berbanding dengan yang kalah.

Buktikan kepada rakyat bahawa tiada gejala rasuah di dalam pemilihan UMNO kali ini kerana penulis sudah muak dengan alasan bahawa permulaan rasuah adalah Anwar. Jangan jadikan alasan bahawa gejala ini tidak boleh dibendung. Buktikan bahawa sekiranya berlaku perbuatan rasuah di dalam pemilihan UMNO kali ini, ianya harus diambil tindakan dan pihak berwajib seperti SPRM harus melakukan siasatan. Buktikan juga bahawa calon-calon yang ingin bertanding, benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair yang selalu dilaungkan. Dan buktikan jua bahawa menjadi perwakilan bukan masa untuk mengembungkan poket dengan wang ringgit yang haram.

Ingatlah wahai orang-orang melayu yang beragama Islam, tidak kira fahaman politik bahawa rasuah ini adalah perosak bangsa dan menghancurkan agama dan lebih hina lagi ianya seperti binatang yang amat hina di sisi agama atau lebih tepat lagi BABI.

Terima rasuah dan pemberi Rasuah = BABI

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, 15 September 2013

Bagaimana Penyokong Tegar PAS boleh jadi Ketua Cawangan UMNO ? @najibrazak @zambryabdkadir

Tatkala UMNO cuba membina semula kekuatan cawangan-cawangan di dalam pemilihan UMNO peringkat akar umbi, terdapat perkara yang amat memalukan. Penulis di maklumkan bahawa satu cawangan UMNO di Lumut kini diterajui oleh seorang yang tegar PAS dalam PRU 13 yang lalu. Semasa pilihanraya ke 13 yang lalu, penulis sering bertemu dengan Ketua Cawangan ini. Selalu dalam ceramah PAS dan sering mengangkat bendera PAS. Laungannya tidak menjurus menyokong UMNO. Penulis agak keliru bila mendapat berita bahawa beliau kini menjadi Ketua Cawangan UMNO. Adakah Bekas Ketua Cawangan juga merupakan Ketua Kampung tidak dapat mengenalpasti penyokong PAS yang berada di kampungnya sendiri ? Ianya menjadi tanda persolan yang tiada jawapan.

Peranan UMNO pusat dan bahagian bagaimana pula? Senarai nama yang telah ditanda sebagai 'HITAM' masih menjadi ahli UMNO. Adakah ianya disambillewa oleh pucuk pimpinan bahagian dan pusat?

Terus terang penulis ingin nyatakan disini, penulis tidak mahu ada duri dalam daging UMNO itu sendiri. Sekiranya ada duri dalam daging, lama kelamaan daging amat cantik dan elok di cemari oleh nanah yang berbisa dan boleh membunuh. Bukan hanya sebahagian daging yang rosak, tetapi akan merosakkan keseluruhannya.

Penulis bukanlah seorang yang bencikan UMNO. Penulis hanya menyokong perkara yang baik dan menegur perkara yang sepatutnya berlaku dalam UMNO. Penulis juga bukanlah penyokong tegar PAS, tetapi adakalanya tindakan yang dilakukan PAS tidak dapat dilakukan oleh UMNO. Contohnya : Ahli PAS sering mengunjungi Masjid-masjid dan sering berjemaah di masjid, tetapi kebanyakan orang UMNO hanya dirumah walaupun masjid hanya beberapa ratus meter dari rumah. Penulis tidak menuduh semua ahli UMNO tidak ke masjid, ada yang menjadi imam, bilal dan AJK masjid. Hal ini penulis boleh juga memuji UMNO. Cuma penulis terkilan kebanyakan pemimpin UMNO tidak ke masjid. Ke masjid hanya ketika solat Jumaat, Solat Sunat Hari Raya dan sekiranya pemimpin besar turun ke kawasan.

Berbalik kepada penyokong tegar PAS yang menjadi ketua cawangan UMNO. Penulis amat mengharapkan agar siasatan dan penyelidikan dilakukan ke atas cawangan tersebut. Pihak bahagian dan pusat boleh mendapat maklumat dari agensi-agensi kerajaan yang memantau pilihanraya ke 13 lalu. Terdapat kira-kira 16 agensi yang bertugas semasa pilihanraya tersebut. Mintalah bantuan dari mereka untuk membuktikan bahawa ketua cawangan yang baru dilantik sebenarnya penokong PAS tegar. Penulis mengharapkan agar UMNO Ketua UMNO cawangan Kg Tersusun Batu 7, Lekir di siasat agar ianya tidak menjadi penyebab UMNO menjadi busuk dan dibenci oleh ahli UMNO sendiri dan ditinggalkan oleh mereka.

P/s Pilihlah pemimpin UMNO yang benar-benar ikhlas memperjuangkan UMNO dan masyarakat Melayu itu sendiri dan bukan dari duri yang akan merosakkan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, 11 September 2013

Lumut Semakin Panas !! @ZambryAbdKadir

Debaran dan kehangatan pemilihan UMNO bahagian Lumut semakin panas. Yang sediada akan cuba mempertahankan kerusi masing-masing. Yang cuba merebut kerusi tersebut akan cuba perluaskan pengaruh masing-masing.

MB Perak Dr Zambry agak selesa kerana setakat ini tiada lagi calon yang dikatakan layak menentang beliau di kerusi Ketua Bahagian. Begitu juga dengan Rashidi untuk kerusi Timbalan Ketua Bahagian. Namun terdapat beberapa kerusi 'PANAS' yang menampilkan beberapa calon. Antara kerusi 'PANAS' tersebut ialah Naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Naib Ketua Wanita & Naib Ketua Pemuda.

Beberapa kerusi dikatakan agak selesa setakat ini iaitu kerusi Ketua Pemuda, Ketua Puteri & Naib Ketua Puteri.

Paling 'PANAS' adalah kerusi ketua wanita. Dr Azizah penyandang Ketua Wanita akan ditentang oleh bekas Ketua Puteri iaitu Sabariah. Bagus juga ada pertandingan. Sekurang-kurangnya tidaklah rasa selesa sangat. Naib Ketua Bahagian juga dikatakan agak 'PANAS'. Pertembungan antara 3 orang mungkin berlaku. Azri, Masoud dan Muzaffar Shah kemungkinan besar akan bertanding merebut kerusi tersebut.

Naib Ketua Wanita dan Naib Ketua Pemuda tidak lah diperkatakan sangat. Diberitakan bahawa Norizan (Ketua Wanita Pasir Panjang) akan mencuba nasib. Calon lain masih tidak nampak. Norainy Ihsan mungkin akan mempertahankan jawatan.

Naib Ketua Pemuda lain pula ceritanya. Ada 4 calon setakat ini. Handal juga. Yang hairannya semuanya kawan baik. Fazli, Mahathir, Ithnain dan Faizal. Seorang kakitangan bank, Seorang kakitangan kerajaan dan dua orang businessman.

Untuk kerusi AJK. Bahagian, ramai muka baru akan bertanding. Transformasi la katakan. Sekiranya Umno Lumut inginkan perubahan, inilah masanya. AJK yang dah tua gayut tidak perlulah bertanding lagi terutama Pak Kassim. Tidak cukup lagi kah? Orang UMNO pun sudah menyampah tengok. Orangramai sudah tahu muslihat orang tua tu. Walaupun tidak diceritakan dalam artikel ini, namun orangramai lebih mengetahui. So.. Tidak perlu diceritakan lagi.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 6 September 2013

Mengapa Pemimpin Hipokrit ? Imran & Rashidi sama sahaja !!!

PRU 13 telah berlalu lebih dari 4 bulan. Mengapa ada pemimpin dalam negara terutama Lumut ini khasnya. Nampak sangat pemimpin pembangkang dan kerajaan hipokrit.
Sebelum pilihanraya, macam-macam yang sanggup mereka lalukan. Temasuklah membuka akaun FB. Berjanji macam-macam, gunung- ganang pun sanggup diruntuhkan. Apabila telah menang, janji hanya tinggal janji.
YB Hj Imran yang menang mengalahkan DS Kong pernah berjanji akan membantu warga tentera yang kononnya akan memperjuangkan hak pemberian tanah kepada bekas tentera. Cakap tak serupa bikin.
YB Rashidi mengalahkan DS Nizar. Semasa berkempen. Untuk menang di Pasir Panjang sanggup membuka akaun Facebook untuk menceritakan segala program yang dijalankan di dalam kawasan DUN Pasir Panjang. Tapi akhirnya senyap. Sekarang ini pages di Facebook Rashidi Ibrahim telah lama tidak di update. Kalau tidak percaya boleh search Pages Rashidi Ibrahim. Yang terakhir adalah program pada 23 Jun 2013. Sekarang sudah bulan berapa? Sudah 2 bulan tidak di update. Adakah tidak ada program turun padang lagi? Mengapa? Nampak sangat hipokrit.
Setahu penulis, Najib pernah menyatakan bahawa sekiranya nak jadi wakil rakyat harus mempunyai akaun FB, Twiiter ataupun blog. Adakah buka akaun FB kerana terpaksa ? Betullah hipokrit. Nak jadi calon punya pasal sanggup buka akaun FB dan akhirnya ditinggalkan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, 3 September 2013

Mampukah UMNO Lumut ?!

Pemilihan UMNO Yang Paling Penting Dalam Sejarah??Dalam kita memandang sinis pemilihan CEC DAP yang paling korup dalam sejarah, kita juga tidak lupa memerhati keadaan politik UMNO. Rata-rata, keadaan di peringkat Cawangan dan Bahagian telah pun panas di mana bahang pemilihan mula terasa. Taktik dan strategi sama ada kotor atau bersih bercampur-baur dalam perjuangan antara cita-cita peribadi dengan agama, bangsa dan tanahair....Ada sesuatu tentang pemilihan kali ini yang membuatkan ramai melihatnya sebagai pemilihan paling penting dalam sejarah iaitu ia dikatakan bakal menentukan jatuh bangunnya, hidup matinya atau hilang kekalnya umat Melayu di dunia.

Pada dasarnya, UMNO telah berjaya meningkatkan jumlah kerusi kemenangan dalam PRU-13 yang lalu. Namun begitu, walaupun telah memberi kemenangan kepada UMNO, orang-orang Melayu menyimpan semacam keraguan terhadap parti ini kebelakangan ini. Seimbas membaca blog-blog yang menyokong UMNO akhir-akhir ini, kita tidak dapat mengelak dari mengesan perasaan ragu-ragu, yang sama ada diluahkan secara berlapik mahupun dengan cara menempelak keras.

Menepis bahawa perasaan ragu-ragu itu sebagai 'dengki' atau sebagai 'suara pembangkang' bukanlah tindakan bijak. Seharusnya, pengajaran ini telah pun difahami dengan baik oleh UMNO dalam PRU-12.

Sebaiknya, UMNO mengkaji apakah yang diragui oleh orang-orang Melayu terhadap parti ini. Apakah benar ia merupakan masalah peribadi atau masalah sikap para blogger? Apakah setiap komen dan setiap rungutan di laman sosial individu yang membawa rentak yang sama degnan blog-blog itu juga bertitik tolak dari masalah peribadi dan sikap blogger tersebut?

Jika kita memberi sedikit perhatian, kita akan dapati bahawa isu yang diperhatikan oleh orang-orang Melayu secara dekat pada hari ini ialah isu jenayah, isu menghina Islam, TPPA dan juga pengurusan GLC. Sebagai langkah awal, kepimpinan wajib memahami apakah yang dikhuatiri oleh orang-orang Melayu dalam semua isu ini.

Secara dasarnya, orang-orang Melayu melihat isu jenayah dan isu menghina Islam yang semakin menjadi-jadi pada hari ini adalah berpunca dari keputusan kerajaan untuk tunduk kepada tekanan pembangkang dan orang-orang Cina.

Orang Melayu yang telah dikejutkan dengan tindakan kerajaan memaafkan Namewee dan memberi beliau berbagai kemudahan, telah sekali lagi tersentak apabila kerajaan menghapuskan Akta Hasutan yang dilihat bakal membuka lebih ruang kepada orang-orang seperti Namewee untuk menghina Islam dan Melayu.

Ternyata apa yang dikhuatiri itu benar-benar berlaku. Begitu juga dengan peningkatan kadar jenayah yang berlaku sejurus selepas kerajaan tunduk kepada pembangkang dengan menghapuskan Akta EO dan ISA.

Kerajaan mungkin menafikan yang penghapusan Akta tersebut merupakan satu kesilapan dan mengerahkan seluruh jentera untuk memberi berbagai alasan untuk membela diri di samping menunjukkan keterbukaan. Namun, dukacita dimaklumkan bahawa ia tidak mampu mengembalikan keyakinan orang-orang Melayu terhadap UMNO, sekurang-kurangnya setakat hari ini.

Bagaimanapun, setakat hari ini juga, harapan terus diberikan kepada UMNO kerana orang-orang Melayu tidak mampu mempercayai Pakatan Rakyat untuk membela nasib mereka.

Persepsi bahawa kerajaan lebih mengutamakan pembangkang dan orang-orang Cina menjadikan orang-orang Melayu bimbang terhadap keputusan yang bakal diambil oleh kerajaan dalam isu-isu yang berkaitan ekonomi, terutama TPPA. Orang-orang Melayu melihat pembangkang sebagai pengkhianat negara yang bersekutu dengan kuasa besar untuk menguasai dunia. Sekiranya kerajaan terlalu tunduk kepada kehendak pembangkang, dikhuatiri kerajaan akan terperangkap dalam strategi kuasa besar untuk menguasai ekonomi negara ini.

Bertitik tolak dari persepsi itu juga, orang-orang Melayu turut bimbang jika kerajaan membuka peluang kepada orang-orang Cina untuk menguasai GLC dan juga jawatan-jawatan penting di dalam kerajaan. Ini kerana orang-orang Cina masih lagi terlalu bersifat perkauman dan menyerlahkannya tanpa segan silu dalam pengurusan syarikat swasta dan juga perniagaan.

Kebimbangan orang-orang Melayu terhadap sikap perkauman orang Cina ternyata berasas apabila orang-orang Cina menolak Barisan Nasional mentah-mentah dalam PRU-13 yang lalu walaupun setelah diberikan hampir segala-galanya oleh kerajaan.

Berdasarkan senario ini, mana-mana individu yang ingin bertanding dalam pemilihan yang akan datang wajib menangani persepsi ini dengan baik. Sikap sesetengah pihak yang terlalu ingin membodek dan mengampu perlu dikawal kerana bimbang mereka meningkatkan lagi persepsi rakyat bahawa UMNO telah rosak. Pendek kata, tingkah laku pemimpin UMNO dalam menghadapi pemilihan ini akan turut memberi kesan kepada pilihanraya yang akan datang. Apa guna menang dalam pemilihan jika parti hanya mampu bertahan selama sepenggal?

Orang-orang Melayu (baca: penyokong UMNO) ingin melihat UMNO yang menepati slogan 'transformasi' dari segi minda dan sikap. Transformasi tidak seharusnya bermakna membuang roh asal UMNO sebagai pejuang agama, bangsa dan negara. Transformasi harus dilakukan dengan cara meningkatkan lagi semangat juang yang asal serta mengadaptasinya dalam mengharungi zaman untuk kekal menjadi pemerintah di negara ini.

Mampukah UMNO memilih pemimpin yang menepati ciri-ciri 'transformasi' ini?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone