Sudah sekian lama tidak menulis di laman blog ini. Lumutkini
terasa rindu ingin menulis semula kerana sekarang ini semakin dibiarkan semakin
teruk perangi pemimpin UMNO sekarang ini. Penulis tidak mahu bercerita luar
kawasan, cukuplah sekadar di Parlimen Lumut ini.
Ketua Bahagian telah menjadi Menteri Besar Perak dan tentu
terlalu sibuk menjaga negeri Perak dari Pengkalan Hulu hingga ke Tanjung Malim.
Timbalan Ketua Bahagian iaitu ADUN Pasir Panjang kini sibuk juga menjaga anak
buah yang tidak tentu hala. Kini Parlimen Lumut terletak dibahu Timbalan Ketua
Bahagian. Apa yang dilakukan oleh Timbalan Ketua Bahagian Lumut ini? Kawasan
tidak terjaga, pengundi dan rakyat tidak terbela. Rakyat Pasir Panjang
telah memberi mandate kepada untuk menjadi ADUN Pasir Panjang walaupun dengan
hanya majoriti 304 sahaja. Namun ianya cukup untuk beliau memberi perkhidmatan
sebagai ADUN dan ‘pemangku’ Ketua Bahagian.
Tampok pentadbiran amat lemah dan tidak bermaya. Tambahan
pula dibantu kononnya pegawai khas yang berwibawa. Adakah tugas ADUN hanya
merasmikan program yang dianjurkan oleh orang lain dan bukan program yang
dianjurkan sendiri oleh pihak ADUN Pasir Panjang? Adakah ADUN Pasir Panjang dan
Pegawai Khas nya ketandusan idea untuk melaksanakan program? Adakah program
hanya boleh dilaksanakan oleh Ketua Bahagian sahaja?
Pengundi Pasir Panjang dan ahli UMNO telah memberi mandat kepada
Timbalan Ketua Bahagian dan juga merupakan ADUN Pasir Panjang untuk menjalankan
tugas, namun ianya dipersia-siakan. Sekiranya tidak mampu melaksanakan tugas
dengan baik, lebih baik letak jawatan dan tidak perlu berdolak–dalik lagi.
No comments:
Post a Comment