Baru-baru ini negara digemparkan apabila Dato Puad Zarkashi, seorang Ahli MT
UMNO yang berpengaruh dan Ketua Pengarah JASA mengkritik Timbalan Perdana
Menteri yang juga Menteri Pelajaran dan Timbalan Menteri Pelajaran di facebook
kerana tidak turun padang sehingga mengakibatkan banyak isu sekolah-sekolah di
pedalaman terutamanya Sabah dan Sarawak tidak selesai.
Kata Dato Puad Zarkashi, “MASIH BELUM TERBELA". Ini berlaku apabila ada
rakyat Malaysia yang prihatin email kepada saya gambar sebuah sekolah di
Keningau yang dilihat terlalu daif. Puncanya utama perkara ini berlaku adalah
dipercayai kerana pegawai yang bertanggungjawab tidak turun ke bawah.
Persoalannya, kenapa mereka tidak turun ke bawah? Adakah kerana Menteri dan
Timbalan Menteri juga malas turun ke bawah.”
“Sepatutnya bila TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi Menteri Pelajaran hampir dua
penggal (10 tahun), maka cepatlah terbela sekolah sekolah daif terutamanya di
pedalaman Sabah dan Sarawak. Turunlah ke bawah!,” ujar lagi.
Saya mahu bersikap profesional dan mengetepikan soal politik dalam membicangkan
perkara ini. Biarlah politikus dengan urusan mereka. Saya hanya mahu
membincangkan soal sekolah pedalaman yang terbiar sehingga menjadi begitu dhaif
dan tidak kondusif untuk pembelajaran anak-anak.
Saya telah membuat sedikit carian google mengenai Jawatankuasa Audit Fizikal
Sekolah dan meneliti Facebook Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Menteri
Pendidikan I dan Timbalan Menteri Pendidikan II. Kesimpulan saya, hanya
terdapat pengumuman dan jawapan Parlimen mengenai Jawatankuasa Audit Fizikal
Sekolah, tetapi berdasarkan gambar di facebook dan carian google, sukar
dibuktikan mereka sering turun padang ke kawasan pedalaman.
Bagi mereka yang kurang arif tentang Jawatankuasa Audit Fizikal Sekolah,
jawatankuasa ini ditubuhkan untuk menilai keadaan fizikal sekolah-sekolah
didalam negara ini dan mengemukakan laporan kepada Kementerian Pendidikan.
Laporan yang disediakan oleh jawatankuasa ini akan diguna oleh Kementerian
untuk memperbaiki infrastruktur sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti.
Untuk makluman, berdasarkan carian google, Pengerusi Jawatankuasa Audit Fizikal
Sekolah sekarang adalah P. Kamalanathan. Gambar di facebook beliau menunjukkan
beliau lebih sering melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Berdasarkan
carian di Google dan facebook ini, besar kemungkinan kritikan Puad Zarkashi
bahawa Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan jarang turun padang ada kebenarannya.
Kita semua sedia maklum bahawa Kementerian Pendidikan adalah sebuah kementerian
yang amat besar. Kementerian ini mempunyai:
10,159 buah sekolah (5,600 luar bandar dan 2,500 di kawasan pedalaman).
69 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
181 buah Sekolah Agama (tidak termasuk Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama
Negeri)
69 buah Kolej Komuniti
15 buah Kolej Matrikulasi
27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG)
20 buah Politeknik,
20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Akhir sekali, bilangan guru, pensyarah dan kakitangan KPM saja sudah mencapai
450,000 orang.
Jika dilihat, Kementerian Pendidikan ini terlalu besar. Bagi saya memandangkan
Kementerian ini terlalu besar dan tanggungjawab yang diamanahkan juga besar,
elok Kementerian Pendidikan dipisahkan dua kepada Kementerian Pelajaran dan
Kementerian Pengajian Tinggi seperti dahulu supaya lebih fokus. Ramai yang
pelik kenapa ia digabungkan. Sepatutnya Perdana Menteri kekal dengan pemisahan
kedua-dua kementerian ini.
Dahulu Kementerian Pelajaran mempunyai seorang Menteri dan dua orang Timbalan
Menteri. Manakala Kementerian Pengajian Tinggi mempunyai seorang Menteri dan
seorang Timbalan Menteri. Sekarang, Kementerian Pendidikan mempunyai 2 Menteri,
seorang Menteri yang juga seorang Timbalan Perdana Menteri, seorang lagi
Menteri yang hanya memberi tumpuan kepada pengajian tinggi. Sekarang terdapat
hanya dua Timbalan Menteri yang terpaksa melihat kedua-dua aspek pelajaran dan
pengajian tinggi. Bukankah sukar bagi mereka ini mengendalikan sebuah kementerian
yang besar dimana kementerian ini bertanggungjawab mendidik anak bangsa?
Dulu, Menteri Pelajaran adalah Menteri dengan satu portfolio. Jadi lebih mudah
untuk beliau memberi tumpuan kepada kementerian dan hal-hal yang berkaitan.
Hari ini, Menteri Pendidikan adalah juga seorang Timbalan Perdana Menteri yang
mempunyai banyak tugas-tugas lain. Bagi saya, Kementerian ini memerlukan
seorang menteri yang boleh memberi 100% tumpuan kepada kementerian ini kerana
bukan sahaja banyak institusi di dalamnya, tetapi juga kerana kesan yang besar
terhadap guru-guru dan pembangunan anak bangsa. Kementerian ini memerlukan
sentuhan seroang menteri yang berdedikasi, proaktif dan mempunyai minat dalam
pendidikan.
Dulu, Timbalan Menteri Pelajaran terdiri daripada seorang Melayu dan seorang
bukan Melayu. Hari ini, kedua-duanya adalah bukan Melayu. Saya tidak bersikap
rasis, tapi saya berpandangan ada kemungkinan jiwa dan semangat Timbalan
Menteri Pelajaran Melayu lebih hampir dengan anak-anak di pedalaman, berbanding
Timbalan Menteri Bukan Melayu yang lebih hampir jiwa mereka dengan anak-anak di
SKJC dan SJKT. Disebabkan itu tidak hairanlah jika Allahyarham Datuk Razali
Ismail dan Datuk Dr Puad sangat kerap dilihat turun ke pedalaman berbanding dua
Timbalan Menteri yang ada sekarang.
SETERUSNYA KLIK SINI