Sekarang ini adalah musim pemilihan UMNO. Seluruh Malaysia, orang UMNO dijangkiti satu virus yang amat merbahaya iaitu 'jawatan' dalam parti politik. Tidak terlepas pandang juga di Lumut ini. Rupanya penyakit lama masih ada lagi. Cah keting rupanya masih diamalkan di Lumut ini.
Dari sumber yang boleh dipercayai iaitu dari beberapa rakan yang rapat dengan orang kuat UMNO Lumut bahawa terdapat empat orang yang akan bertanding. Sebagai Ketua Pemuda UMNO. Sudah pasti ketua yang sedia ada akan mempertahankan kerusi.
Shahril Yahya akan ditentang oleh Azhar Bani, Muhathir Makhtar dan Nizam Nafis.
Shahril adalah seorang pemuda yang baik, tidak sombong dan rajin. Cuma satu sahaja kekurangannya. Tidak berani bersuara untuk kebaikan pemuda umno Lumut. Yang lagi tiga orang ini, tidak pasti apa yang akan mereka perjuangkan. Sebelum ini dikatakan tidak pernah nampak di program pemuda. Tiba-tiba timbul. Untuk bertanding tidak salah. Cuma sebelum ini tidak nampak batang hidung? Pemuda harus matang dalam memilih ketua mereka nanti. Adakah yang tidak berani bersuara? Adakah yang mementingkan ekonomi masing-masing? Fikir sebelum mengundi.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Assalamualaikum, Sadly to say, maklumat yang tuan perolehi bukanlah tepat semuanya. Saya, Nizam Nafis tidak bertanding. Mohon diperkemaskini kembali maklumat tuan. Janganlah dalam seronok menulis, kita lebih menjurus kepada syok sendiri.
ReplyDeleteAssalamualaikum w.b.t dan salam satu Malaysia...
ReplyDeleteFrom my point of view don't judge others sblm kita mencuba...dalam pemilihan terpulang lah pada suara ramai yang memilih dan yang ingin bertanding juga bukanlah satu keputusan yang mudah meletakkan diri untuk bertanding perlukan persediaan mental dan fizikal bukan satu keputusan sekelip mata kerana yang bakal dipikul adalah tanggungjawab harapan dan amanah yang besar dari semua...
Saya Azhar Bani yang disebut dalam artikel berjuang dari dulu lagi dalam UMNO dalam masa yang sama berusaha dari zero dalam bidang perniagaan sehinggalah ke tahap sekarang tanpa bantuan parti sedikit pun...dan hari ini dengan apa yang sy ada sekarang, sy rasa sudah tiba masanya sy kongsikan dan bantu pemuda pemuda bagi meningkatkan ekonomi mereka dan bersaing dengan bangsa cina dalam perniagaan dan cuba mencari peluang peluang dalam memberi latihan dan kemahiran kepada pemuda dalam meningkatkan lagi ekonomi pemuda Melayu sekarang seterusnya mencorak pelapis akan datang.
Untuk makluman teman seperjuangan dan sahabat2 sekalian setakat ini sy belum lagi membuat keputusan untuk bertanding ataupun tidak...saya masih lagi memohon petunjuk dari Allah s.w.t.....wallahua'lam...