Wednesday, 28 August 2013

Adakah Ketua Pemuda UMNO Lumut kekal ?

Sekarang ini adalah musim pemilihan UMNO. Seluruh Malaysia, orang UMNO dijangkiti satu virus yang amat merbahaya iaitu 'jawatan' dalam parti politik. Tidak terlepas pandang juga di Lumut ini. Rupanya penyakit lama masih ada lagi. Cah keting rupanya masih diamalkan di Lumut ini.

Dari sumber yang boleh dipercayai iaitu dari beberapa rakan yang rapat dengan orang kuat UMNO Lumut bahawa terdapat empat orang yang akan bertanding. Sebagai Ketua Pemuda UMNO. Sudah pasti ketua yang sedia ada akan mempertahankan kerusi.

Shahril Yahya akan ditentang oleh Azhar Bani, Muhathir Makhtar dan Nizam Nafis.

Shahril adalah seorang pemuda yang baik, tidak sombong dan rajin. Cuma satu sahaja kekurangannya. Tidak berani bersuara untuk kebaikan pemuda umno Lumut. Yang lagi tiga orang ini, tidak pasti apa yang akan mereka perjuangkan. Sebelum ini dikatakan tidak pernah nampak di program pemuda. Tiba-tiba timbul. Untuk bertanding tidak salah. Cuma sebelum ini tidak nampak batang hidung? Pemuda harus matang dalam memilih ketua mereka nanti. Adakah yang tidak berani bersuara? Adakah yang mementingkan ekonomi masing-masing? Fikir sebelum mengundi.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Terkini! Surau Tokong Telah Dirobohkan!

Ini satu tindakan yang boleh dipuji.. Tindakan merobohkan surau yang menjadi tokong membuktikan bahawa kerajaan tidak lagi krompomi dalam isu agama.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, 27 August 2013

Melihat Persekitaran


Salam Pengenalan

Assalamulaikum dan salam sejahtera.,

Blog ini adalah blog yang akan membawa berita terkini dan di Parlimen Lumut terutama di DUN Pangkor, DUN Pasir Panjang dan DUN Sitiawan dari masa ke semasa. Ianya akan meliputi berita politik, isu semasa dan isu masyarakat setempat. Ianya akan meliputi semua bangsa.

Blog ini diwujudkan untuk masyarakat meluahkan pendapat, ketidakpuasan hati rakyat terhadap pemimpin, masalah setempat dan bermacam-macam lagi. Ianya untuk orang ramai dan bukan untuk pemimpin politik dan parti politik.